29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Malaysia bangkit isu kenaikan harga hotel di Tanah Suci

Bagaimanapun, sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA akan membangkitkan isu kenaikan mendadak kadar harga hotel di Makkah dan Madinah pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang sedang berlangsung di Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Na’im Mokhtar, berkata, pihaknya mengambil maklum akan laporan bahawa kenaikan kadar harga hotel di Mekah dan Madinah yang dikenakan oleh pengusaha hotel.

“Bagaimanapun, sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita.

“Kami melihat situasi ini adalah impak daripada kenaikan kos di negara Arab Saudi.

“Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah negara Malaysia bahkan kepada jemaah negara-negara lain juga,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Na’im berkata, walaubagaimanapun, beliau mengharapkan pihak agensi umrah dapat mempertimbangkan ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah.

Advertisements

“Saya ketika ini berada di Arab Saudi mewakili negara untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.

“Selain berbincang isu-isu berkaitan pengurusan haji dan umrah, saya juga akan mengemukakan isu kenaikan kos ini kepada Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi,”katanya.

Sebelum ini media melaporkan berlaku kenaikan mendadak harga bagi pakej umrah bagi jemaah yang ingin menunaikan ibadah itu ketika ini.

Ini kerana kata Naib Presiden Haji dan Umrah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Mohd. Azri Abd Razak, perkara itu berlaku ekoran kenaikan mendadak kadar hotel di Mekah dan Madinah.

Jelas beliau, kenaikan itu berpunca daripada permintaan tinggi di hotel terutamanya di kedua-dua kota suci pada masa ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan