31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bila Peguam Negara baharu nak dilantik? – Puad

Reformasi institusi mesti disegerakan bagi mengelakkan kezaliman berterusan yang dilakukan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan perlu menyegerakan pelantikan Peguam Negara baharu.

Soal Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi itu, bila agaknya Peguam Negara baharu akan dilantik.

Mohd Puad berkata, reformasi institusi mesti disegerakan bagi mengelakkan kezaliman berterusan yang dilakukan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Pengguguran kes Tan Sri Shahrir Ab Samad menjadi bukti terlalu banyak kezaliman dilakukan Tommy.

“Isunya, apakah Peguam Negara sekarang berkompromi dengan kepincangan itu. Apakah Peguam Negara sekarang mahu lepas tangan sehingga kontraknya tamat?.Kalau begitu lebih baik cuti awal sebelum kontrak tamat.

“Keadilan tidak boleh ditangguh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Puad berkata, kes Shahrir yang berlangsung hampir tiga tahun adalah kezaliman yang tidak boleh dibayar.

“Sebab itu reformasi institusi mesti disegerakan,” katanya.

Khamis lalu, Shahrir yang juga bekas Pengerusi Felda dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan wang RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan bekas Pengerusi Felda itu.

Bulan lalu, media melaporkan tiga hakim yang sedang berkhidmat dikhabarkan akan dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu.

Mereka yang kemungkinan mengisi jawatan itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, selain dua Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. 

Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seseorang yang layak bagi menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan untuk menjadi Peguam Negara. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan