33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Rafizi, rakyat mahu solusi bukan temberang! – Puad

Mesti Baca

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli diminta untuk berhenti menjual temberang menerusi media sosial, sebaliknya mencari solusi mengatasi masalah yang membelenggu rakyat.

Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menerusi Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, tindakan Rafizi menerusi podcast Yang Bakar Menteri dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan tetamu hanya sekadar gimik mempopularkan diri.

Beliau berkata, pada masa kini rakyat tidak mahu lagi mendengar formula sebaliknya mereka mahukan solusi untuk memperkukuhkan nilai matawang ringgit di pasaran, mengurangkan kadar tol, menurunkan harga kereta serta barang-barang keperluan harian.

“Rafizi tanya, “Ada soalan nak bakar Menteri”? Tidak ada YB. Rakyat mahu solution. Rakyat tidak mahu dengar formula. Kita mahu solution ringgit turun, tol turun, harga kereta turun dan harga barang juga turun.

Advertisements

“Cuba turunkan satu daripada isu di atas. Rakyat jemu dengar formula dan alasan. Podcast Yang Bakar Menteri gimik mempopularkan diri. Jangan buang masa rakyat untuk dengar temberang. Tukar nama FB Live itu kepada nama baru “Ini kejayaan formula saya”,” katanya hari ini.

Beberapa hari lalu, Mohd Puad turut membidas Rafizi apabila mendakwa kejatuhan ringgit bermula 2015 akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR tidak perlu mencari salah orang lain termasuk mengaitkan cerita basi konon 1MDB punca ringgit jatuh.

Sebaliknya, kata beliau, realitinya ringgit mengukuh semula pada tahun 2017 sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Formula Rafizi paling jahanam ialah “Najib turun ringgit naik”. Rupanya sejak Najib turun ringgit makin turun sebanyak 24.1 peratus berbanding USD. Rakyat Malaysia tidak marah pada Rafizi. Mereka tidak akan bakar dia. Menteri akan terbakar sendiri jika terus temberang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan