25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tuntutan palsu: SPRM tahan ahli politik, bendahari NGO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG bekas pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai membuat tuntutan palsu berjumlah RM11,000 kepada sebuah jabatan kerajaan, dua tahun lalu.

Individu tersebut sebelum ini pernah bertanding semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac tahun lalu, atas tiket sebuah parti politik tempatan.

Turut ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan adalah bekas bendahari NGO sama.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Mohd. Zulhilmi Ibrahim.

Bekas pengerusi berusia 47 tahun serta bekas bendahari berusia 43 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor antara pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam, semalam, selepas mereka hadir memberi keterangan.

Advertisements

Difahamkan, kedua-dua suspek disyaki telah mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan yang berpusat di daerah ini pada hujung Januari 2021.

Tuntutan itu dipercayai adalah berhubung kerja-kerja pembekalan dalam melaksanakan program rawatan dan pemulihan, sedangkan kerja pembekalan itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.20 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM serta tangan bergari.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan