25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dua beranak maut, lori bertembung kereta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba, Simpang 4, Semanggol, Bagan Serai, Perak, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata dalam kejadian yang diterima pada jam 7.39 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Shahren Ismail, 37 dan ibunya Zainab Alias,64, disahkan maut dilokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila lori jenis Daihatsu yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Yaris.

“Akibat kemalangan itu, mangsa dan ibunya telah tersepit diruang pemanduan manakala pemandu kereta mengalami kecederaan ringan.

” Anggota menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar kedua-dua mangsa yang tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Jurucakap JBPM Perak lagi, mangsa yang telah disahkan meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi tamat pada jam 9.13 malam tadi.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, berkata dalam nahas berhadapan Surau Al-Hidayah itu, pemandu lori berusia 37 tahun serta ibunya, 64, tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa adalah peniaga sate dan dipercayai dalam perjalanan pulang dari Semanggol menghala ke Taiping.

“Apabila tiba di tempat kejadian lori dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah Taiping yang secara tiba-tiba masuk ke laluan lori.

“Akibat kemalangan itu pemandu lori dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta berusia 28 tahun yang juga seorang doktor di Hospital Taiping cedera ringan dan dihantar ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan