31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Gengster tular pecah cermin kereta ditangkap polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KIRA-kira enam gengster yang memecahkan cermin sebuah kereta yang diparkir di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Miri, Sarawak ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata, penangkapan kesemua lelaki itu dibuat selepas video mereka melakukan perbuatan itu tular di media sosial.

Menurut beliau, satu laporan polis berkaitan kes berkenaan turut diterima pada pukul 11 pagi, semalam.

“Ekoran daripada laporan tersebut, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas enam lelaki tempatan berumur antara 19 hingga 34 tahun kerana dipercayai terlibat dengan pergaduhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Alexson berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu Merusuh Dengan Senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan kerana ia boleh menggangu siasatan.

Menurutnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil ke Balai Polis Pusat Miri bagi menyalurkan maklumat atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu SI Ramping Jimbai di talian 085- 433222. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan