26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

306 ditahan, rampasan lebih RM132 juta dalam Op Kontraban

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam berjaya merampas pelbagai barang seludup dan bersubsidi dianggarkan bernilai lebih RM132 juta menerusi Op Kontraban pada tahun lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, dalam operasi itu dilaksanakan itu seramai 306 orang turut ditahan.

“Kejayaan tersebut terdiri daripada tindakan di bawah Akta Kastam 1967 dengan jumlah rampasan bernilai RM68,047,396.60, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 1967 (RM 25,000), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (RM2,855,370), Akta Bahan Letupan (RM7,576,222), Akta Kawalan Bekalan (RM40,360,702.80).

“Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (RM1,500,000), Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan (Bitcoin) ( RM1,581,000), Akta Senjata 1960 (RM12,000), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (RM7,329,740) serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Bahan Kosmetik 1984 (ubat covid) dan Akta Racun 1952 (vape) RM3,420,000),” katanya dalam kenyataan di sini.

Noorsiah berkata, seramai 23 orang termasuk enam warga asing ditahan dengan nilai rampasan RM27,400,605.20 dalam sembilan serbuan sejak 1 Januari hingga 6 Januari lalu.

“Kejayaan kes ini terdiri daripada tindakan di bawah Akta Kastam 1967 (RM 24, 229, 455.70), Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM 971,149.50) dan Akta Racun 1952 (RM 2,200,000),” katanya.

Noorsiah berkata, pihaknya terus komited melaksanakan operasi bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Usaha bersepadu ini merupakan langkah proaktif bagi PDRM dalam membendung penyelewengan minyak diesel bersubsidi, rokok serta minuman keras demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan