26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Maszlee nafi spekulasi, tiada jawatan dijanjikan PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEGALA spekulasi telah dijawab.

Salah faham berhubung kenyataan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi Facebook (FB) sehingga mencetuskan spekulasi beliau bakal sertai Kerajaan Perpaduan telah dijelaskan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam yang berkongsi kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Sabtu lalu, turut menafikan ditawarkan sebarang jawatan.

“Jawatan? tiada apa yang dijanjikan. Apa yang diminta (Anwar) ialah pengorbanan demi rakyat setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlee berkata status FB beliau dua hari lepas telah menjadi berita dan spekulasi.

“Teguran PMX, telah ditafsirkan sebagai tawaran jawatan oleh media dan ramai pihak. Terima kasih kepada semua yang berbaik sangka dan menaruh harapan.

“Saya tidak menyebutkan apa-apa mengenainya di dalam status tersebut.

“Apa yang pasti ianya merupakan teguran oleh PMX untuk saya kembali aktif membantu parti (Keadilan) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) terutama di Selangor dan Negeri Sembilan.

Baca juga:   Buku Sejarah: Maszlee kemuka 4 tuntutan kepada Asyraf

Mengulas lanjut, katanya, beliau telah bersetuju dan menawarkan diri membantu Menteri Besar di kedua-dua buah negeri itu untuk pusing keliling Selangor dan Negeri Sembilan dalam waktu terdekat.

“Selain PRN, saya juga telah menawarkan diri kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk turun ke sekolah-sekolah bertemu guru untuk memberikan motivasi dan menaikkan semangat mereka terutamanya memulihkan anak murid pasca COVID -19.

Baca juga:   Sektor pelancongan kekurangan 15,000 hingga 20,000 pekerja

“Melalui jerayawara itu juga diharapkan saya akan dapat membawa inspirasi dan suara Menteri Pendidikan serta kerajaan kepada guru untuk terus membangunkan pendidikan,” katanya.

Semalam, hantaran dimuat naik Maszlee di FB mencetuskan persoalan selepas beliau memberi bayangan bakal menyertai kerajaan pimpinan Anwar.

Dalam hantaran terbabit, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkongsi kata-kata Perdana Menteri: “Bersiap sedia, cuti sabatikal anda akan berakhir dalam tempoh terdekat,”-Edisi

Wartawan

Terkini

Sepasang bot kenka ditahan, tangkap ikan kawasan larangan

ZON Maritim Kuala Kurau telah menahan dua bot nelayan tempatan jenis pukat kenka di kedudukan 12.1 batu nautika barat...

Lagi Artikel Berkaitan