26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Henti spekulasi keadaan kesihatan Taib Mahmud

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ASTANA Negeri Sarawak hari ini meminta orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan berita dan spekulasi mengenai keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha Sulit kepada yang Dipertua Negeri Junih Salleh Ahmad dalam satu kenyataan berkata, keadaan Abdul Taib semakin pulih dan beliau kini sedang menjalani fasa pemulihan di luar negara.

“Insya-ALLAH dan atas nasihat doktor, beliau akan kembali tidak lama lagi,”katanya.

Advertisements

Terdahulu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Abdul Taib akan pulang ke negeri itu dalam masa terdekat.

Tanpa mendedahkan tarikh kepulangan berkenaan, Abang Johari berkata keadaan Abdul Taib ketika ini sudah pulih dan beliau sedang berehat selepas jatuh sakit ketika bercuti di luar negara. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan