26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Mana suara Rafizi, Fahmi, Loke dalam isu LCS?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan di mana suara lantang pemimpin Pakatan Harapan (PH) berhubung skandal projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Beliau berkata, jika sebelum ini pemimpin seperti Rafizi Ramli, Fahmi Fadzil dan Anthony Loke begitu lantang dalam isu tersebut.

Namun kini katanya, kian membisu sedangkan sebelum PRU15 lalu setiap hari mereka ‘menyerang’ Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan pelbagai tuduhan serta bukti dikemukakan.

“Apa status siasatan terhadap kes rasuah bernilai RM97 juta yang membabitkan pegawai Menteri Sumber Manusia dari DAP V Sivakumar?

Advertisements

“Bagaimana pula siasatan kes ucapan perkauman dimainkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng bulan lalu? Fahmi Fadzil dah hantar radio car depan rumah Guan Eng belum? Nak hantar radio car cari 1975, dah terlambat pula.

“Mengapa masih tidak ada pendakwaan melibatkan kes-kes di atas? Janji reformasi yang dilaungkan selama ini sudah jadi reformati,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Sehubungan itu Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Bersatu berkata, kerajaan perpaduan mengamalkan sikap berat sebelah dan melindungi pemimpin daripada dikenakan tindakan undang-undang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan