25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hasni lawan Maszlee di Simpang Renggam?

Kerusi Simpang Renggam akan diisi oleh calon UMNO selepas ditinggalkan oleh Gerakan yang menyertai Perikatan Nasional

Mesti Baca

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad disebut-sebut bakal bertanding di kerusi Parlimen Simpang Renggam dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jika benar, Hasni yang juga bekas Menteri Besar Johor akan bertembung dengan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang sudah diumum akan mempertahankan kerusi tersebut atas tiket PKR.

Semalam, dalam sidang media di Ulu Tiram, Johor, Hasni mengesahkan hanya beliau satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu yang akan bertanding di Parlimen.

Manakala kerusi Simpang Renggam yang sebelum ini milik Gerakan, akan diisi oleh calon daripada UMNO, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau akan bertanding di kawasan tersebut.

Sementara itu, Hasni berkata, UMNO akan bertanding di 17 kerusi termasuk di Simpang Renggam yang dikosongkan oleh Gerakan sementara MCA dan MIC masing-masing lapan dan satu kerusi.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Johor berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang pertukaran kerusi Parlimen antara parti komponennya.

“Pembahagian kerusi tidak berbangkit di Johor, maknanya MCA, MIC kekal dengan jumlah kerusi (seperti) dalam PRU14 (iaitu) lapan (kerusi) MCA dan satu (kerusi) MIC,” kata Hasni seperti dilapor Bernama.

Parlimen Simpang Renggam mempunyai dua DUN iaitu DUN Layang-layang dan Machap yang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu menyaksikan kedua-dua kerusi tersebut menjadi milik BN.

Advertisements

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu, Maszlee yang bertanding di DUN Layang-layang tewas kepada calon BN, Abd Mutalip Abd Rahim dengan majoriti 2,815 undi.

Maszlee yang mempertaruhkan kredibilitinya sebagai bekas menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 4,736 undi manakala Abd Mutalip mendapat 7,551 undi.

DUN Machap pula dimenangi oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, menewaskan Azlisham Azahar dari Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 6,543 undi. Pakatan Harapan (PH) diwakili oleh calon MUDA.

Onn Hafiz kemudian dilantik sebagai Menteri Besar Johor, menggantikan Hasni.

Dalam PRU-14 lalu, Maszlee berjaya menewaskan Liang Teck Meng (Gerakan/BN) dengan majoriti 3,475 undi walaupun PKR tewas dalam kedua-dua kerusi DUN.

Kejayaan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu dipercayai didorong oleh janji beliau untuk menghapuskan tol Simpang Renggam jika memenangi PRU-14.

Bagaimanapun, selepas PH membentuk kerajaan Pusat dan negeri selama 22 bulan, segala janji tersebut hanya tinggal janji.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon pada 5 November, diikuti pengundian awal pada 15 November dan hari mengundi pada 19 November. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan