26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Saya seperti dibuli – Hasni

Setelah melakukan segala daya upaya yang terbaik dalam PRN Johor yang menyaksikan BN menang dengan majoriti yang besar.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“SAYA seperti dibuli,” demikian kata Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad yang digugurkan daripada jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Ini susulan kedudukannya yang diambil alih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Bekas menteri besar itu berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik dengan memperoleh kemenangan majoriti besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun lalu.

“Saya rasa seperti dibuli setelah melakukan yang terbaik dengan memenangi PRN Johor dengan majoriti yang besar.

“Saya sedaya upaya memberikan yang terbaik sejak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor pada 2018 dan mengetuai PRN Johor tahun lalu sehingga memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Baca juga:   Pandangan Hadi UMNO mungkiri piagam MN tersasar - Tok Mat

“Saya rasa, hanya kerana saya menyokong idea supaya jawatan tertinggi parti dipertandingkan, mereka merasakan bahawa saya menentang kehendak parti,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, jika keputusan menggantikan beliau dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi itu boleh menguatkan kedudukan Khaled di peringkat pusat, tiada masalah untuk beliau menyokong keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, akan timbul masalah, jika tujuan utama keputusan itu adalah sebaliknya.

“Jika kedudukan itu hanya semata-mata pendekatan untuk mempertahankan orang-orang tertentu, saya percaya beliau akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian,” tegasnya.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu, membuat keputusan menggugurkan Hasni daripada jawatan berkenaan.

Baca juga:   Pemimpin UMNO perlu buat pengorbanan terbesar

UMNO turut memecat bekas Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Menurut Hasni, beliau hadir pada mesyuarat malam berkenaan namun tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan.

Bagaimanapun, Hasni berharap pemimpin UMNO yang dipecat atau digantung masih berpeluang membuat rayuan, sambil menjelaskan beliau masih Ahli MKT UMNO.

Baca juga:   UMNO tidak pernah memecahkanbelahkan kesatuan ummah

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan