24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Melaka galakkan rakyat, pelancong pakai pelitup muka

Kita (Kerajaan Melaka) belum memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana kes harian COVID-19 di Melaka masih terkawal.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Melaka menggalakkan rakyat negeri itu dan pelancong domestik memakai pelitup muka sebagai langkah awal mengekang penularan varian baharu COVID-19.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, orang ramai digalak memakai pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup selain mengekalkan penjarakan fizikal serta menggunakan cecair sanitasi atau kerap mencuci tangan.

“Kita (Kerajaan Melaka) belum memutuskan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana kes harian COVID-19 di Melaka masih terkawal iaitu setiap hari kurang 50 kes dalam tempoh seminggu lepas.

“Kita akan memantau kes harian COVID-19 setiap hari dan setakat ini kita menggalakkan rakyat dan pelancong di Melaka memakai pelitup muka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Gergasi Bendera Melaka di Bukit Beruang hari ini.

Baca juga:   Penjawat awam bersama kerajaan pulih ekonomi negara

Beliau berkata, arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka berkenaan bergantung kepada situasi semasa kes harian COVID-19 dan ia akan diumum sekiranya perlu dikuatkuasakan.

Sementara itu, Sulaiman berkata monumen gergasi bendera Melaka setinggi 166 meter dari aras laut akan didirikan di puncak Hutan Simpan Bukit Beruang di sini dengan kos kira-kira RM200,000.

Beliau berkata, pembinaan monumen itu dijangka mengambil masa kira-kira dua tahun dan akan menjadi satu daripada produk pelancongan baharu negeri itu.

Berdasarkan statistik Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka, terdapat 771 tempat tarikan pelancong di negeri ini merangkumi 13 subsektor pelancongan pada tahun lepas.

Baca juga:   Wanita hamil mengidam samun kedai emas menangis didakwa

“Penambahan produk pelancongan ini juga sebagai satu daripada usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan ke Melaka iaitu 10 peratus setiap tahun,”katanya.

Menurut Sulaiman, pembinaan projek monumen yang akan dipantau Jabatan Kerja Raya itu tidak akan menghalang orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah seperti mendaki di kawasan tersebut.

Beliau berkata, selain pembinaan monumen berkenaan, infrastruktur sedia ada seperti laluan trek untuk pendakian di bukit berkenaan akan dinaik taraf secara berperingkat dan beberapa tarikan baharu seperti aktiviti ‘zip line’ atau ‘flying fox’ akan dibangunkan. – BERNAMA

Wartawan

Baca juga:   Individu hempas kucing hingga mati dijejaki

Terkini

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains jejas pembinaan negara

KEMEROSOTAN jumlah pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah semakin membimbangkan dan situasi itu perlu ditangani dengan segera, kata Ahli...

Lagi Artikel Berkaitan