25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Signifikasi perubahan pembangunan kepada kemajuan dalam KKDW

Inilah hasrat dimahukan Kerajaan agar kemajuan dapat diukur dengan spesifik dan lebih jelas dalam kemajuan desa dan wilayah.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERUBAHAN penggunaan pembangunan kepada kemajuan membawa signifikan tertentu kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua istilah ini merujuk kepada bergerak ke depan dan melakukan penambahbaikan di wilayah khusus.

“Istilah pembangunan lazimnya merujuk penambahbaikan di beberapa kawasan dan menpunyai dimensi makna yang luas.

“Manakala istilah kemajuan pula ialah bahagian daripada pembangunan dan lebih merujuk bergerak ke depan ke arah objektif yang lebih jelas.

“Inilah hasrat dimahukan Kerajaan agar kemajuan dapat diukur dengan spesifik dan lebih jelas dalam kemajuan desa dan wilayah,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau yang juga mengemudi kementerian itu berkata, pelbagai jenis ukuran yang lazim digunakan untuk mengukur kemajuan dan pembangunan.

“Di sini saya ketengahkan kaedah dan formula SMART iaitu Specific; Measurable; Attainable; Relevant dan Time-Bound.

“Spesifik dalam konteks ini ialah jelas objektif untuk dicapai. Measurable ialah jelas boleh diukur dengan pelbagai ukuran tepat dan dapat dipertanggungjawab.

“Attainable pula dapat dicapai secara realistik. Relevan pula kepada masyarakat dan memberikan impak sosial terbesar golongan sasar.

Advertisements

“Time-Bound ialah mempunyai jangkauan masa untuk dicapai segera agar tidak terhambat oleh cabaran yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, apabila kita mempunyai kerangka dan formula SMART dalam agenda kementerian maka ia dapat mengingatkan kembali konsep emperatif DESA yang telah siperkenalkan sebelum ini yang lebih tinggi nilai persona sesuai imaginasi masyarakat kontemporari.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru bagi menilai keberadaan situasi maka perlu perancangan strategik dan teknik pengurusan strategik.

“Maka tidak perlu apologetik untuk kita menggunakan analisis SWOT untuk membantu organisasi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang yang menghasilkan yang lebih terbaik untuk seluruh agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,” katanya.

Jelas beliau lagi, begitu juga aspek mendapatkan petanda aras terbaik kawasan kemajuan desa contoh bukan sahaja di Korea Selatan semata-mata, perlu diperluaskan kaca mata amalan terbaik desa makmur di Jepun, Taiwan, Eropah, Thailand, Indonesia dan sebagainya.

“Aspek ini penting juga untuk memberikan perspektif yang menyeluruh agar Malaysia mendapat manfaat terbaik,” katanya.

Ujar Ahmad Zahid, penjenamaan Kementerian Kemajuan Desa Wilayah adalah dengan kesedaran perlunya proses pengislahan yang diikuti dengan pembaharuan.

“Gerakan islah dan tajdid bukan sahaja harus berlaku dalam gerakan sosial akan tetapi dalam kebudayaan termasuk dalam budaya kerja dan berorganisasi.

“Agar setiap masa Kementerian akan sentiasa segar dengan pembaharuan, idea-idea pembangunan yang lebih baik daripada semasa ke semasa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan