PELANTIKAN semula Datuk Ahmad Jazlan Yaakob sebagai Pengerusi Felcra Berhad dapat meneruskan kesinambungan agenda pemerkasaan mandat sosial peserta agensi itu.
Felcra berkata, dengan pengalaman sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Ahmad diyakini mampu mengukuhkan lagi agenda memperkasakan transformasi Felcra 2.0 di dalam aspek pembangunan desa dan luar bandar serta perniagaan komoditi utama.
“Selain itu, pelantikan ini juga bertepatan dengan hasrat kerajaan Malaysia MADANI.
“Ini dalam memastikan GLC kerajaan terus memacu hasil dan keuntungan untuk negara selain menyumbang kemakmuran berterusan kepada para peserta,” katanya.
Terdahulu, Ahmad Jazlan yang memulakan
tugas sebagai Pengerusi FELCRA Berhad ke-15 tiba di ibu pejabat FELCRA BERHAD di Setapak.
Beliau disambut oleh Datuk Mat Roni Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad dan Barisan Pengurusan Tertinggi Felcra Berhad. – Edisi 9