27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Felcra umum RM183 juta Keuntungan Boleh Agih

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FELCRA Berhad (Felcra) hari ini mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182.8 juta yang bakal memanfaatkan seramai 68,437 peserta menjelang Aidilfitri.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, prestasi bayaran akhir itu dipengaruhi tren harga minyak sawit mentah, kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Jumlah agihan keuntungan tahunan projek-projek peserta Felcra 2022 meningkat kepada RM 501,556,634 berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM 475,207,280, peningkatan sebanyak 5.54 peratus atau RM26,349,354.

“Bayaran akan dilakukan secara berperingkat bermula hari ini. Langkah Felcra yang terus membantu peserta melalui pelbagai program keusahawanan dilihat mampu memberi pendapatan sampingan lumayan kepada para peserta,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Santunan Kasih Ramadan di Simpang Pertang, Jelebu hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pusat tahfiz sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang sebanyak RM 86,000 dan agihan duit raya kepada pelajar tahfiz.

Turut diserahkan replika cek berjumlah RM80,000 bagi program Quick Win Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang melibatkan 20 peserta bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan