27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pasangan muda buat aksi jelik dalam kereta ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEPASANG kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang ditahan di lokasi berbeza petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd. Suhaimi Ishak berkata, suspek terdiri daripada seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan berusia 17 tahun.

Polis mengesan video tular dimuat naik di Twitter berdurasi 23 saat berkaitan perbuatan pasangan berkenaan berkelakuan melanggar kesopanan di tempat awam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam membuat tangkapan ke atas suspek antara pukul 4.15 petang hingga 5.15 petang di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai pada 6 April 2023,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Sementara itu, beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara dua tahun.

Katanya, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Turut dirampas satu jenis kereta jenis Produa Axia dan sehelai kemeja-T berwarna putih/merah.

“Orang ramai diingatkan tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang. Sebarang maklumat kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan