26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

England ketepikan Brazil untuk juarai Finalissima Wanita

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Wanita England atau lebih dikenali sebagai Lionesses berjaya mengenepikan debaran penentuan sepakan penalti selepas menundukkan Brazil, 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 untuk memenangi edisi sulung Finalissima Wanita.

Dalam aksi di Stadium Wembley awal pagi tadi, skuad kendalian Sarina Wiegman terlebih dahulu di depan pada minit ke-23 menerusi jaringan penyerang Manchester United, Ella Toone.

Brazil bagaimanapun bangkit di lewat permainan selepas penyerang, Andressa Alves menolak bola ke gawang Lionesses untuk menjadikan kedudukan 1-1 untuk tempoh 90 minit perlawanan.

Kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang jaringan dalam tempoh 30 minit tambahan masa sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Georgia Stanway, Alex Greenwood, Rachel Daly dan Kelly menyempurnakan sepakan penalti buat England sementara dua pemain Brazil, Tamires Cassia Dias de Britto dan Rafaelle Souza gagal menjaringkan gol sekali gus memberikan kemenangan buat tuan rumah.

Finalissma Wanita merupakan perlawanan akhir tunggal membabitkan juara Eropah dan Amerika Selatan.

England merupakan juara Eropah selepas menang Kejohanan Eropah (Euro) 2022 sementara Brazil unggul memenangi Copa America Feminina untuk tahun kelapan.

Finalissima Lelaki telah diadakan tahun lalu yang menyaksikan Argentina menewaskan juara Eropah, Itali sebelum mereka memenangi Piala Dunia 2022 awal tahun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan