Wednesday, July 22, 2026

Kenyataan SPRM siasat salah guna kuasa KSN, KPPA palsu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN media yang didakwa dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri berhubung siasatan kes salah guna kuasa terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah palsu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan kenyataan itu dalam satu hantaran di Facebook rasmi, malam tadi.

Menurut hantaran berkenaan, Pejabat Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang ditularkan menerusi media sosial.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya.

Terdahulu, kenyataan palsu yang bertarikh 6 April itu memaparkan dakwaan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap kes salah guna kuasa melibatkan perkhidmatan KSN dan KPPA.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan