31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal, 21 April

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUSAT Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan adalah pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.

Menurut portal Gulf News, walaubagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas

Namun begitu menurut portal tersebut, beberapa negara Islam lain berkemungkinan akan dapat menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut.

“Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.

Jakim menerusi kenyataan berkata, pihaknya menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menghormati proses sebenar penentuan tarikh Hari Raya.

Menurutnya, tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting hari keraian Islam pada tahun ini.

Tangkap layar turut memaparkan beberapa tarikh sambutan seperti Hari Israk Mikraj, Hari Nisfu Syaaban serta Aidilfitri yang dikatakan bakal disambut pada 21 April ini iaitu pada Jumaat.

Poster itu juga didapati memaparkan logo rasmi Jakim dan nama laman rasmi media sosial Jakim iaitu, MyJakim.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan