26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

JPM nafi dakwaan Selangor tekan sekolah agama persendirian

Mesti Baca

KERAJAAN negeri Selangor menafikan dakwaan kononnya mereka menekan sekolah agama persendirian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan itu adalah bermotifkan jahat.

Katanya, apa yang dilakukan kerajaan negeri ialah mengambil langkah perlu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kebakaran maut yang mengorbankan pelajar.

Menurutnya, kerajaan negeri mengeluarkan dan menguatkuasakan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) sejak 1 Jan 2021 lagi.

Menteri hal ehwal agama itu berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan bukan sahaja pelajar malah seluruh warga institusi tahfiz persendirian.

“Inisiatif ini diambil sebagai langkah supaya tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di Selangor.

“Penguatkuasaan garis panduan itu juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (Pitas) yang dianggotai 478 institusi sekolah agama persendirian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini muncul beberapa pihak yang mendakwa Selangor sedang dalam proses menutup ratusan sekolah agama persendirian dan ia mengaitkan DAP.

Advertisements

Namun begitu, kerajaan negeri menafikan dakwaan itu dan menegaskan langkah berkenaan dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahu semua institusi terbabit didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Malah, sesebuah sekolah agama persendirian dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang membabitkan aspek keselamatan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, Sultan Sharafuddin mahu mengelak tragedi kebakaran yang membabitkan kematian 23 nyawa di Kuala Lumpur pada 2017.

“Hentikan fitnah yang diulang-ulang. Dakwaan itu sudah dijawab pada Julai lalu dan lebih 200 sekolah agama ditutup di Selangor adalah fitnah serta tidak berasas,” kata Amirudin.

Terdahulu, pada 27 Jun lalu kerajaan Selangor juga memberi kelonggaran dengan melanjutkan tempoh pendaftaran 55 sekolah agama persendirian sehingga sekurang-kurangnya tahun depan.

Mohd Na’im berkata, JPM sudah dimaklumkan mengenai langkah kerajaan Selangor sejak 2021.

Katanya, kelonggaran juga diberikan sehingga selama dua tahun bagi memberi peluang kepada pihak sekolah terbabit mendapatkan kelulusan daripada agensi berkaitan.

“Dakwaan pihak berkaitan yang kononnya amaran diberikan kepada sekolah agama persendirian supaya diarah keluar dari premis adalah tidak benar sama sekali dan berniat menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan