29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Awang Alik dilantik TKSUK JPM baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Awang Alik Jeman dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan, Datuk Abdul Halim Hamzah pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) yang baharu bagi menggantikan tempat Awang Alik.

Katanya, Awang Alik, 56, merupakan lulusan Sarjana Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya (UM) dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun.

“Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1998 dan merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) di JPM sejak 18 Julai tahun lalu.

“Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian, jabatan dan agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Parlimen Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Abdul Halim, 52, pula berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berkhidmat selama 27 tahun dalam perkhidmatan awam.

Jelasnya, beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bermula 1996 dan merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) JPM sejak 19 Disember tahun lalu.

“Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di beberapa kementerian, jabatan dan agensi seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPA serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Semoga pengalaman, kemahiran dan kepimpinan Awang Alik dan Abdul Halim akan dapat menerajui kecemerlangan JPM selaras dengan aspirasi rakyat serta ke arah pembangunan negara Madani,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan