Tuesday, June 16, 2026

Harimau Malaya melonjak ke-138 dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RANKING Harimau Malaya seperti dijangka melonjak ke tangga ke-138 dunia berdasarkan kedudukan yang dikemas kini di laman web Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Dua kemenangan yang dicatatkan anak buah Kim Pan-gon dalam aksi persahabatan Tier 1 baru-baru ini memberikan Malaysia 15.53 mata tambahan.

Ini menjadikan Malaysia melonjak tujuh anak tangga dengan mata keseluruhan yang dikumpul skuad kebangsaan kepada 1,082.13 mata.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan mengenai perubahan ranking skuad kebangsaan.

Malaysia berjaya menewaskan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong 2-0 dalam dua aksi persahabatan yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim bulan lalu.

Perubahan mata tersebut melonjakkan skuad Harimau Malaya di kedudukan ke-25 dalam pasukan di Asia dan keempat di ASEAN di belakang Vietnam yang berada di ranking ke-95 dan Thailand (113) dan Filipina (136).

Kedudukan ranking semasa memperlihatkan Harimau Malaya berada di kedudukan sebaris dengan Turkmenistan yang berada di 137, St. Kitts and Nevis (139) dan Nicaragua (140). – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan