24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri yang kini dipenjarakan, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru serta dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.

Malaysia Gazzette yang memetik sumber mendedahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan tidak sihat pada mulanya menghidap influenza.

“Pemeriksaan lanjut mendapati beliau menghidap jangkitan paru-paru selain perlu menjalani beberapa prosuder rawatan.

“Saya tidak pasti bagaimana pihak media mengetahui mengenai perkara ini namun hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu. Diharap segala urusan Datuk Seri Najib dipermudahkan,” katanya.

Jelas sumber itu lagi, Najib kini menjalani prosedur rawatan di HKL tertakluk kepada Akta Penjara 2000 seperti banduan yang lain.

Advertisements

Bagaimanapun, sumber yang enggan dikenali berkenaan tidak mengulas lanjut perkara tersebut namun Najib difahamkan sudah kembali ke penjara selepas menjalani prosuder rawatan.

Pada 1 Disember lepas, Najib dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah ulser dalam perut.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang sejak 22 Ogos lalu setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya dalam kes SRC International.

Dalam pada itu, Najib juga mengemukakan pemohonan pada 20 Ferbruari lepas untuk memperoleh kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir dalam kes penyelewengam dana RM42 juta SRC International yang akan diputuskan keputusan permohonan pada 31 Mac ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan