28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Baki jumlah pinjaman peserta FELCRA tertunggak, ditukar status

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

FELCRA Berhad menjelaskan baki jumlah pinjaman pembangunan tanah peserta yang tertunggak sehingga 31 Disember 2021 sebanyak RM312.22 juta telah ditukar statusnya daripada pinjaman kerajaan kepada ekuiti kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Dato’ Mat Roni Zakaria berkata, langkah ini menunjukkan betapa kerajaan amat prihatin terhadap isu bebanan hutang pembangunan tanah yang dihadapi oleh FELCRA Berhad.

“Penukaran baki pinjaman kerajaan kepada ekuiti dalam FELCRA Berhad termasuk jumlah RM312.22 juta telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Khamis, 4 Ogos 2022.

“Kelulusan ini telah memberi ruang kepada
FELCRA Berhad untuk memperkukuhkan kedudukan kewangannya bagi jangkamasa panjang yang sekaligus dapat melunaskan tanggungjawab sosial kepada peserta dengan lebih besar dan berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebagai sebuah entiti korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan (Diperbadankan), FELCRA Berhad mempunyai tanggungjawab
yang besar untuk memastikan dua teras utama pengoperasian syarikat perlu dilunaskan.

Advertisements

“Ia membabitkan operasi perniagaan komersial dan mandat sosial syarikat untuk rakyat khususnya kepada peserta FELCRA,” katanya.

Mat Roni berkata, walaupun FELCRA Berhad berhadapan dengan laporan kewangan yang kurang memberangsangkan dalam aspek tunggakan hutang dan keupayaan membayar dividen kepada Kerajaan, namun dari segi pengurusan kewangan akaun peserta (projek penyatuan dan pemulihan) tetap menjadi agenda utama syarikat dengan pencapaian-pencapaian yang baik.

“Ini dapat dilihat menerusi jumlah agihan boleh diagih (Dividen) iaitu lada tahun 2020, mencatatkan sebanyak RM163 juta, 2021 pula sebanyak RM478 juta sementara pada tahun 2022 sebanyak RM517 juta,” katanya.

Berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara Malaysia, jumlah pinjaman pembangunan tanah peserta yang tertunggak sehingga 31 Disember 2021 adalah sebanyak RM312.22 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan