24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM seru insafi pengalaman Nabi Muhammad SAW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk memperbaharui tekad serta menginsafi ibrah daripada pengalaman junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW untuk bangkit lebih bertenaga memulihkan maruah serta meningkatkan martabat dan harakat rakyat.

Sempena Israk dan Mikraj, Anwar mengenang kembali peristiwa agung permusafiran ruhaniyyah yang dihadiahi Allah SWT kepada kekasihNya tatkala sedang diuji berat dengan pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib.

“Maruah dihina dalam episod getir di Taif hampir menjatuhkan semangat junjungan Baginda, namun ternyata kembali pulih sepulangnya Baginda Nabi dari Sidratul Muntaha, sambil mengemban amanah baru buat membebaskan umat dari belenggu kejahilan.

“Maka, bermulalah kewajiban solat lima waktu selaku tonggak perhubungan abadi antara hamba dengan Penciptanya.

Advertisements

“Akidah dan akhlak harus diperteguh sebelum umat tampil memikul kewajiban yang lebih rumit melibatkan kebajikan rakyat dan negara

“Justeru di samping mengenang peristiwa agung ini, sama-sama kita memperbaharui tekad serta menginsafi ibrah daripada pengalaman junjungan tercinta Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, untuk bangkit dengan lebih bertenaga,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Anwar turut mendoakan agar negara akan terus peroleh keredhaan Allah SWT. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan