Thursday, July 23, 2026

Wanita maut kereta dipandu bertembung lori tangki

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Bahau-Keratong, Muadzam Shah, Pahang pagi tadi.

Mangsa, Rosnah Saadon, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala suami dan anak lelakinya dilaporkan cedera.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pemandu lori selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) menerima laporan kejadian jam 10.03 pagi sebelum lima anggota bersama sebuah jentera ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa terlibat.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa lelaki dan kanak-kanak telah dikeluarkan orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Zulfadli berkata, pihaknya turut membantu memadamkan kebakaran lori tangki yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan kenderaan orang awam.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya. –Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan