26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Buku teks terjejas banjir tidak perlu diganti – Radzi

KPM mempunyai stok buku teks mencukupi bagi menggantian 263,662 naskah yang rosak dalam bencana banjir baru-baru ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MURID sekolah yang buku teks mereka hilang atau musnah dalam banjir tidak perlu membeli buku baharu kerana Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggantikannya secara percuma.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pihaknya sedar bahawa dalam tempoh banjir besar yang dilalui, ramai murid terjejas akibat banjr dan KPM menerima banyak pertanyaaan tentang buku teks murid yang rosak akibat banjir.

“Untuk maklumat semua berdasarkan rekod sehingga hari ini, sebanyak 263,662 naskah buku teks rosak akibat banjir yang melibatkan 14,422 murid di seluruh negara.

“KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku yang rosak bagi membolehkan murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu hadapan,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini.

Radzi berkata, pihaknya memberi jaminan kepada murid yang buku teks mereka hilang atau rosak dalam banjir tidak perlu membayar untuk menggantikannya.

“Pada murid-murid yang kehilangan buku teks atau buku teks mereka rosak akibat banjir, jangan risau anak-anak tidak perlu membayar ganti rugi atas kerosakan buku tekas tersebut atau menggantikan.

“Guru akan merekodkan jumlah buku teks yang rosak akibat banjir, dan Insya-Allah kita akan pastikan usaha menggantikan buku teks ini dapat dilaksankan segera bagi membolehkan sesi persekolahan minggu hadapan dapat dijalankan dengan teratur dan lancar.

“Kita doakan semoga anak- anak yang terjejas akibat banjir ini dapat mengharungi tempoh yang sukar ini dan seterusnya dapat kembali ke sekolah apabila sekolah dibuka nanti,”katanya.

Sebelum ini, media melaporkan KPM menetapkan sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 bermula 9 dan 10 Januari ini melibatkan kumpulan murid yang perlu hadir bersemuka secara penggiliran atau sebaliknya.

Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, bagi sekolah rendah, kumpulan murid yang perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran melibatkan murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

Katanya, ia turut membabitkan murid prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 serta semua murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) manakala murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula hadir secara penggiliran.

Bagaimanapun, murid-murid Tingkatan 1, 2 dan 3 yang tinggal di asra,a sepenuhnya akan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan