29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mangsa banjir di Johor meningkat, 11 jalan daerah ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di Johor terus meningkat dengan 4,496 individu daripada 1,242 keluarga ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, peningkatan jumlah mangsa itu sebanyak 363 orang berbanding 4,133 orang tengah malam tadi.

“Bagaimanapun, cuaca pada pagi ini dilihat semakin baik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Segamat terus merekod peningkatan dengan 2,479 mangsa banjir (678 keluarga) pada pagi ini berbanding 2,434 (669 keluarga) malam tadi di 36 PPS sekitar daerah itu.

Beliau berkata, dua daerah yang mencatat peningkatan ketara ialah Muar membabitkan 1,058 mangsa banjir (297 keluarga) pada pagi ini, berbanding 905 (246 keluarga) di sembilan PPS malam tadi.

Advertisements

“Mangsa banjir di Tangkak juga meningkat kepada 905 (249 keluarga) di 16 PPS pada pagi ini, berbanding 740 (192 keluarga) di 14 PPS, malam tadi.

“Batu Pahat kekal dengan 54 mangsa banjir (18 keluarga) di sebuah PPS,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor melaporkan 11 jalan daerah negeri itu terjejas banjir dan ditutup kepada semua kenderaan.

Jalan terbabit ialah Jalan Muar-Labis di Muar dan Jalan Durian Condong di Tangkak serta Jalan FELDA Bukit Aping, Kota Tinggi.

“Jalan lain di Segamat meliputi Jalan Kuala Paya-Balai Badang, Jalan Putting, Jalan Tumang, Jalan Serakek, Jalan Pogoh, Jalan Balai Polis Buloh Kasap, Jalan Senai-Gemas dan Jalan FELDA Medoi,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan