30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MAHB salur RM3.7 juta bantu kakitangan terjejas banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA Airports Holdings Berhad (MAHB) menyalurkan peruntukan sejumlah RM3.7 juta untuk diagihkan kepada lebih 1,000 kakitangannya yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, peruntukan membabitkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian yang disediakan itu adalah bagi meringankan beban warganya.

Beliau berkata, sejumlah RM700,000 diagihkan melalui program Zakat Wakalah kepada yang berkelayakan dan mangsa banjir yang berdepan pelbagai kesukaran.

“Kami juga turut menyumbang dari segi barangan keperluan asas, misi menyelamat, penyediaan penempatan sementara dan pembersihan kediaman kakitangan terjejas.

“Sebaik sahaja dimaklumkan akan keadaan kakitangan kami yang terjejas, kami segera mengaktifkan inisiatif bantuan #MYAirportCARES berdasarkan keperluan semasa mereka ketika itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Katanya, pihaknya turut membuka pusat pemindahan sementara (PPS) bertempat di Pusat Latihan Lapangan Terbang Malaysia (MATC) selain mengaktifkan pasukan tindakan khas bagi menyelaras bantuan kepada kakitangan yang terjejas banjir.

Iskandar berkata, inisiatif #MYAirportCARES ini juga turut mendapat sambutan dalam kalangan warga kerja lain telah menyahut dalam kerja-kerja membersihkan kediaman mangsa-mangsa banjir.

Menurutnya, lebih 400 sukarelawan dari pelbagai peringkat termasuk pengurusan tertinggi turut berganding bahu menyumbangkan tenaga mereka untuk membersih sekitar 100 buah rumah mangsa banjir.

“Antara kawasan terjejas teruk adalah di Labohan Dagang, Bukit Changgang, Bandar Sri Ehsan, Taman Langat dan Kampung Labu Lanjut di mana ramai kakitangan kami terlibat,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap agar bantuan tambahan wang tunai ini dapat meringankan lagi beban kakitangan terjejas banjir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan