27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MBM gesa tubuh jawatankuasa siasatan bebas kes Azam Baki

Mesti Baca

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menggesa kerajaan agar menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, jawatankuasa tersebut perlulah dipengerusikan oleh tokoh berwibawa seperti bekas hakim bagi menjalankan siasatan terhadap kes tersebut,

Beliau berkata, bagi MBM kenyataan Pengerusi Lembaga Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang yang berpuas hati terhadap penjelasan Azam tidak memadai.

“Justeru jawatankuasa ini mesti ditubuhkan segera bagi memberikan keadilan kepada Azam selain menangani persepsi awam yang tidak terkawal terhadap integriti dan imej SPRM.

“Ia juga mampu menangani tohmahan bahawa isu ini merupakan usaha terancang pembunuhan karakter Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jufitri berkata, pihaknya mengikuti rapat perkembangan isu tersebut dan meneliti pelbagai hujah berkaitan isu tersebut termasuk kenyataan LPPR.

Katanya, memandangkan isu berkenaan melibatkan kepentingan awam dan imej negara di mata dunia serta bagi menangani persepsi awam maka MBM mengesyorkan penubuhan jawatankuasa tersebut.

Kelmarin, LPPR memaklumkan pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Advertisements

Abu Zahar berkata, hasil penjelasan dibuat, pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik Nasir Baki iaitu adik kepada Azam.

Justeru, beliau berkata, LPPR mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau conflict of interest dalam perkara tersebut.

Azam sebelum ini dituduh mempunyai sejumlah 2 juta saham daripada syarikat-syarikat penyenaraian awam sejak 2016.

Bagaimanapun, Azam menafikan tuduhan tersebut dan tidak menolak akan mengambil tindakan-undang terhadap pihak yang mencemar imejnya.

“Saya telah menjelaskan kepada LPPR bahawa akaun saham saya digunakan oleh adik saya untuk membuat urus niaga beliau, dan saya tiada kepentingan atau mendapat faedah ke atas saham yang dibeli itu.

“Saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham syarikat yang dibeli tiada kaitan dengan siasatan polis, SPRM.

“Akhirnya, kesemua saham tersebut telah pun dipindahkan kepada akaun saham beliau,” katanya dalam satu Sidang Media Khas SPRM kelmarin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan