28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Varian Omicron semakin hampiri Malaysia – Dr Noor Azmi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

VARIAN Omicron yang ditemui di Afrika Selatan kini semakin menghampiri negara ini.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, varian itu kini sudah ditemui di Hong Kong dan rakyat perlu lebih patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) agar varian itu tidak tembus ke negara ini.

“Biar pun kita sudah bebas tapi rakyat mesti menyedari perkara ini supaya kita dapat menghindari daripada kena Covid-19 lagi sekali dan merupakan yang lebih serius.

“Dengan kewujudan varian baharu yang disebut Omicron ini yang telah dijumpai di Afrika Selatan dan yang terkini di Hong Kong, ia sudah dekat dengan kawasan kita,” katanya lapor MalaysiaGazette.

Jumaat lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan varian baharu Covid-19, B.1.1.529 sebagai varian membimbangkan (VOC) yang dinamakan semula sebagai Omicron.

Omicron yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan baru-baru ini, dalam kategori varian Covid-19 paling membimbangkan bersama-sama Delta, Alpha, Beta dan Gamma.

Justeru itu, kerajaan katanya akan mengambil langkah lebih drastik dengan mengetatkan kawalan di mana tidak membenarkan rakyat-rakyat dari negara-negara terlibat untuk memasuki negara ini.

Azmi berkata, rakyat negara ini juga disyorkan untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 bagi melindungi diri sepenuhnya daripada varian baharu yang berbahaya itu.

Untuk rekod, minggu lalu varian itu telah dilaporkan buat pertama kali kepada WHO dari Afrika Selatan.-Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan