28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sabah pula kesan kes varian Omicron pulang dari umrah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS Kelantan, Sabah pula melaporkan satu kes import COVID-19 varian Omicron pertama yang dikenal pasti di daerah Tawau.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pesakit membabitkan seorang warganegara yang pulang dari menunaikan umrah di Arab Saudi pada 9 hingga 18 Disember lalu.

Katanya, lelaki itu kembali ke Malaysia pada 19 Disember melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba di Tawau bersama isterinya pada 20 Disember lalu.

“Setibanya di Tawau, pesakit dan isteri diarahkan menjalani kuarantin di rumah mereka dan keputusan ujian whole genome sequencing (WGS) pada 4 Januari lalu menunjukkan beliau positif varian Omicron.

“Isteri pesakit yang juga sedang menjalani kuarantin pada masa sama dikesan positif COVID-19 melalui ujian PCR pada 24 Disember lalu. Keputusan WGS untuk isterinya masih dalam ujian di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Masidi berkata, kedua-dua pesakit itu sudah menerima vaksin lengkap awal Jun tahun lalu.

“Keadaan kedua-dua pesakit pada masa ini adalah sihat. Ketika disahkan positif COVID-19, pesakit adalah kategori dua, manakala isterinya kategori satu.

“Mereka berdua sudah selesai menjalani kuarantin pada 1 Januari dan pulih daripada jangkitan virus berkenaan,” katanya.

Semalam, media melaporkan, empat kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Kelantan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Dr Zaini berkata, empat kes itu adalah mereka yang pulang dari Arab Saudi iaitu tiga daripadanya yang tiba pada 22 Disember dan seorang lagi pada 19 Disember lalu.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan