30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

9 sungai di 4 negeri melebihi paras bahaya – JPS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK sembilan sungai di Pahang, Selangor, Johor dan Melaka merekodkan paras air melebihi tahap bahaya pada pukul 7.30 pagi ini.

Bagaimanapun sebanyak tujuh sungai terbabit menunjukkan trend paras air menurun, manakala cuma Sungai Muar di Liang Batu, Muar, Johor menunjukkan trend menaik.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Pahang di Jam, Sungai Bera, Bera pada 26.73 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.73 meter, namun dengan trend tiada perubahan.

Manakala paras air Sungai Pahang di Jam, Padang Gudang, Bera pula direkodkan pada 31.3 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.8 meter dengan trend menurun.

Bagi Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini pada 16.55 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 1.65 meter juga dengan trend menurun.

Paras air Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam di Selangor telah melebihi tahap bahaya 2.95 meter sebanyak 0.65 meter dengan trend menurun.

Advertisements

Paras air Sungai Muar di Liang Batu, Muar pada 2.42 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.29 meter dengan trend menaik,memetik laporan Kosmo Online.

Sementara itu, paras air Sungai Muar di Panchor, Muar pada 2.15 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.02 meter.

Begitu juga dengan Sungai Pagoh Kampung Olak Sepam, Muar pada 2.96 meter yang telah melebihi tahap bahaya 0.61 meter.

Bagi Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat pada 20.06 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.11 meter, namun ketiga-tiga sungai berkenaan menunjukkan trend menurun.

Paras air Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah pada 2.14 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.14 meter dengan trend menurun.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan