29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Johor lulus calon ADUN 18 tahun pada PRU akan datang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JOHOR menjadi negeri terbaharu yang membenarkan belia berusia 18 tahun bertanding sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada pilihan raya akan datang.

Keputusan itu dibuat selepas sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini yang sebulat suara meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi membolehkan penduduk berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya.

Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 (Pindaan) 2021 itu dikemukakan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan diluluskan selepas mendapat sokongan serta dibahaskan oleh ADUN kerajaan dan pembangkang.

Antara ADUN kerajaan tampil berbahas dan menyatakan sokongan termasuklah ADUN Panti, Hahasrin Hashim dan ADUN Tenggaroh, K. Raven Kumar serta dua ADUN pembangkang iaitu ADUN Stulang, Andrew Chen Kah Eng dan ADUN Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Hasni ketika membawa rundingan itu berkata, penggubalan Fasal 16 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 adalah untuk menurunkan had umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Negeri daripada 21 kepada 18 tahun.

“Pindaan had umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Negeri daripada 21 kepada 18 tahun ini telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 15 Disember 2021.

“Berdasarkan peruntukan ini, setiap warganegara yang berusia 21 tahun yang bermastautin di dalam negeri Johor layak menjadi seorang ahli Dewan Negeri, melainkan orang tersebut tertegah dan tidak mencukupi syarat menjadi ahli dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi mesyuarat bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-14 di Iskandar Puteri, hari ini.

Advertisements

Jelas Hasni, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan rakyat berusia 18 tahun menjadi calon Parlimen dalam pilihan raya akan datang pada 10 September 2019.

Sementara itu, Andrew berkata, sejajar dengan pindaan tersebut, enakmen antilompat parti perlu digubal pada sesi dewan akan datang demi memperkasakan lagi fungsi Dewan Negeri Johor.

Beliau berkata, langkah mengurangkan umur mengundi kepada 18 tahun juga mengemudi anak muda kita agar lebih cepat mengenali dan mendekati perkembangan politik negara.

Katanya, kebanyakan mereka akan mula berfikir matang dan kritis sejak alam persekolahan lagi dan dengan itui, pemimpin pelapis muda yang lebih ramai akan dapat disemai sejak awal.

“Belia boleh membuka lembaran baru dalam politik dan dasar pembangunan. Mereka boleh menjadi kuasa kreatif, sumber inovasi yang dinamik dan fasih dalam alatan digital.

“Mereka dahagakan perubahan, mereka tahu apa yang mereka boleh lakukan untuk mengubah sistem dan menjadikannya lebih baik,” katanya ketika membahas usul tersebut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan