26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Siasatan kes buli MRSM Sultan Azlan Shah selesai

Kertas siasatan sudah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya negeri Perak untuk tindakan seterusnya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


POLIS telah melengkapkan kertas siasatan berhubung satu kes buli membabitkan 10 orang pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaakob berkata kertas siasatan kes itu telah dilengkapkan pada 17 Disember lalu, dan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya negeri Perak untuk tindakan seterusnya dua hari lepas.

“Kes membabitkan 10 pelajar MRSM Kuala Kangsar ini telah selesai disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jadi sekarang ia di bawah (tindakan lanjut) pihak pendakwa raya,” katanya lapor Bernama.

Beberapa media sebelum ini melaporkan polis telah mengambil keterangan sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang 15 tahun yang dipercayai terlibat dalam satu kes buli.

Baca juga:   6 laporan polis, reman pendakwah selebriti akan disambung

Ini susulan penularan video berdurasi 10 saat di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut mengeluarkan kenyataan sebelum ini.

Katanya, enam pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli digantung serta merta selama dua minggu persekolahan.

Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM turut mencadangkan semua pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Padang Serai : Rakyat tak lupa dendangan lagu ‘hoi hoi ya hoi’

"RAKYAT tentunya tidak lupa lagu PH ‘Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun’ yang menjadi dendangan pimpinan PH sepanjang...

Lagi Artikel Berkaitan