28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Setem Bunga Boleh Dimakan tema Pos Malaysia tahun baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POS Malaysia Berhad membuka jendela Tahun Baharu 2022 dengan tampil melancarkan setem bertema khas Bunga Boleh Dimakan kepada para peminat filateli.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasmi agensi itu, koleksi tersebut memaparkan tiga jenis bunga lazim dijadikan ramuan hidangan tempatan iaitu bunga betik, telang dan kantan.

“Bunga ini bukan sahaja menambah perasa dan warna unik dalam makanan seperti kerabu betik, pulut tekan dan manuk pansuh, malahan terbukti banyak khasiat kesihatan,”katanya hari ini.

Selain pejabat pos besar di semua ibu negeri, folder istimewa ini yang ditawarkan pada harga RM56.90 bagi satu set lengkap juga boleh dibeli di 94 cawangan Biro Filateli Pos Malaysia termasuk pejabat pos di kebanyakan bandar besar setiap negeri.

Advertisements

Ia juga boleh didapati di empat institusi pengajian tinggi awam di sekitar Lembah Klang antaranya Universiti Malaya di ibu negara.

Dua set lembaran itu mengandungi 20 keping setem yang masing-masing berharga 60 sen dan RM1.30 selain dua sampul surat hari pertama bersama dua setem berbeza serta folder.

Peminat filateli juga boleh membuat tempahan pembelian lembaran istimewa secara atas talian menerusi pautan daripada laman sesawang rasmi iaitu https://bit.ly/edibleflowerstamps.

Bulan lalu, Pos Malaysia Berhad menutup tirai 2021 dengan menawarkan setem khas yang bertemakan 100 Tahun Piala Malaysia bagi mengenang legasi kejohanan bola sepak itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan