32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

JKM cari waris 3 kanak-kanak mangsa pengabaian keluarga

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diminta memberikan maklumat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengesan waris tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian keluarga.

Pelindung Kanak-kanak JKM Batu Pahat, Siti Norbaya Hamzah berkata, antara mangsa pengabaian termasuk seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan.

“Bayi berkenaan yang dinamakan sebagai Ayra Alessa telah ditinggalkan ibu kandungnya dikenali sebagai Nor Faezah Yatim selepas dilahirkan pada 13 Jun 2021.

“Bayi berkenaan kini dalam keadaan sihat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, ibu berkenaan didapati tidak memiliki kad pengenalan diri dan tiada sebarang dokumentasi berkaitan ditemui sehingga kini.

Kata beliau, JKM turut mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan dan dikenali sebagai Muhammad Qayyum.

“Kanak-kanak berkenaan ditemui orang ramai di depan rumah pasangan suami isteri di Kampung Sri Jawa, Sri Medan pada 5.30 pagi pada 15 April 2019.

Advertisements

“Ketika ditemui anggaran usia kanak-kanak berkenaan berusia sebulan dan dia ditinggalkan tanpa sebarang dokumentasi,” katanya.

Selain itu, Siti Norbaya berkata, pihaknya juga mengesan waris seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dua bulan yang dikenali sebagai Mia Zahra yang ditinggalkan ketika masih bayi di tangga surau Kampung Parit Botak, Senggarang pada 28 November 2018.

“Tiada sebarang dokumen ditemui pada bayi berkenaan,” katanya.

Ujarnya, JKM kini dalam usaha membantu kesemua mangsa pengabaian keluarga tersebut mendaftar kelahiran, sekali gus mendapatkan dokumen pengenalan diri.

“Kami berharap ibu mahupun waris tampil menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat bagi membincangkan masa depan kanak-kanak ini.

“Mereka boleh menghubungi talian 07-4341377 bagi maklumat lanjut,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan