27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Paras air sungai di Bandar Klang bahaya, Taman Sri Muda amaran

Orang ramai diminta berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARAS air Sungai Klang di Stesen Bandar Klang melepasi paras bahaya, manakala di Stesen Taman Sri Muda berada pada paras amaran setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, bacaan paras air di Stesen Bandar Klang adalah 3 meter (bahaya) berbanding bacaan normal 2.2 m.

“Bagi Stesen Taman Sri Muda, bacaan paras air 4.9, meter (amaran) berbanding bacaan normal 2.8 m,” kongsi laporan berkenaan.

Sementara itu, Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang turut melaporkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

Advertisements

“Bacaan paras air di lima stesen di Daerah Klang. Bacaan di Stesen Bandar Klang masih berada di paras bahaya manakala Stesen Tugu Keris berada di tahap berjaga-jaga. Stesen Taman Sri Muda berada di tahap amaran.

“Orang ramai diminta berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067,” menurut laman itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan