PENDUDUK di sekitar lembangan Sungai Golok di Kampung Jenob, Kelantan kini berada dalam keadaan bimbang dan gusar apabila paras air Sungai dilaporkan telah melebihi aras banjir besar pada tahun 2014.
Menurut perkongsian Facebook dengan akaun bernama Shukei Junior, berpandukan maklumat hidrograf Stesen Sungai Golok di Kampung Jenobpada tahun 2014, paras air Sungai Golok di Kampung Jenob yang tertinggi dicatatkan adalah 25 meter berbanding pada tahun ini sehingga 8.45 pagi tadi ialah 26.83 meter.
“Diharap penduduk Lembangan Sg.Golok di Pasir Mas dan Tumpat bersiap sedia lebih awal dengan situasi terburuk yg mungkin berlaku… Ini kerana hujan di hulu Sungai Golok masih aktif di kedua-dua belah kawasan iaitu di kawasan Jeli, Tanah Merah dan Narathiwat,” kongsinya.
Sementara itu, menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my di Kelantan, dua sungai mencatatkan aras bahaya, empat amaran, dan tujuh di peringkat waspada.
Setakat pukul 9.00 pagi tadi, aras air yang dicatatkan bagi Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah menunjukkan trend menaik dengan aras air 25.7m telah melebihi tahap bahaya 23.5 meter dengan taburan hujan 29mm berada pada tahap Sederhana.
Sungai Kampung Temangan di Machang juga mencatatkan paras air 21.18m telah melebihi tahap bahaya pada 17.5m sebanyak 3.68m dengan trend menurun.
Empat sungai melebihi tahap amaran iaitu sungai Lanas di Air Lanas, Jeli dengan aras air 29.23m telah melebihi tahap 29m dengan trend menaik serta hujan 20.5mm berada pada tahap Sederhana.
Sungai Kelantan di Kuala Krai dengan aras air 24.15m telah melebihi tahap 22.5m sebanyak dengan trend menurun serta hujan 21.5mm berada pada tahap Sederhana.
Sungai Tambatan DRaja, Kota Bharu dengan aras air 4.1m telah melebihi tahap 4m dengan taburan hujan: 3.5mm berada pada tahap Renyai.
Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah, aas air 15.85m telah melebihi tahap 14m dengan trend Menaik.
Sementara itu, di Terengganu pula, 11 sungai di paras Bahaya, empat di paras Amaran dan dua sungai di paras Waspada.
Antaranya, Sungai (Sg) Besut di Jambatan Keruak, Besut, aras air 37.73m telah melebihi tahap bahaya 35m sebanyak 2.73m dengan trend menaik serta taburan hujan 64mm berada pada tahap Sangat Lebat.
Empangan Tembat, Hulu Terengganu, aras air 433.29m telah melebihi tahap Bahaya 432m sebanyak 1.29m dengan trend menaik serta taburan hujan 12mm berada pada tahap Sederhana.
Sg. Besut di Kampung (Kg.) La, Besut, aras air 22.79m telah melebihi tahap Bahaya 21.8m sebanyak 0.99m dengan trend menaik serta taburan hujan 19mm berada pada tahap Sederhana.
Sg. Berang di Kg. Menerong, Hulu Terengganu, aras air 26.23m telah melebihi tahap Bahaya 24.5m sebanyak 1.73m dengan trend menaik.
Sg. Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman, aras air 5m telah melebihi tahap Bahaya 4m sebanyak 1m dengan trend menurun.
Sg. Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, aras air 9.1m telah melebihi tahap Bahaya 8.4m sebanyak 0.7m dengan trend menurun serta taburan hujan 5mm berada pada tahap Renyai.
Sg. Nerus di Kg. Bukit, Setiu , aas air 14.36m telah melebihi tahap Bahaya 13.2m sebanyak 1.16mdengan trend Menaik serta taburan hujan 4mm berada pada tahap Renyai.
Sg. Setiu di Kg. Besut, Setiu, aras air 18m telah melebihi tahap Bahaya 17.5m sebanyak 0.5m dengan trend Menurun serta taburan hujan 7mm berada pada tahap Renyai.
–EDISI9