31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Covid-19: 12 negeri catat guna katil bukan ICU lebih 50 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

12 negeri mencatatkan penggunaan katil di wad bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan pesakit Covid-19 melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini Kelantan dan Selangor mencatatkan pengisian melebihi 100 peratus iaitu Kelantan dengan 113, manakala, Selangor mencatatkan 104 peratus.

Menurutnya, di Kelantan sebanyak 439 katil disediakan namun penggunaannya kini melebihi 494, manakala, di Selangor pula mempunyai 1,260 katil disediakan namun penggunaannya kini sebanyak 1,316.

“Penggunaan katil di wad bukan ICU di 10 negeri juga melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya (99 peratus), Kuala Lumpur (90 peratus), Perak (88 peratus), Perlis (75 peratus), Pahang (71 peratus), Johor (69 peratus), Sabah (64 peratus), Terengganu (61 peratus), Sarawak (59 peratus), dan Pulau Pinang (59 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Noor Hisham, hanya satu negeri mencatatkan penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) melebihi 50 peratus iaitu di Melaka (58 peratus) iaitu sebanyak 1,049 katil disediakan namun penggunaannya kini mencecah sebanyak 609 katil.

Baca juga:   Tok Pa positif Covid-19, kini dirawat di HRPZ II

Sementara itu, dalam perkembangan penggunaan katil ICU, Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatatkan penggunaan katil di wad berkenaan untuk rawatan pesakit COVID-19.

Menurut beliau, setakat ini pengisiannya sudah mencecah 94 peratus iaitu 36 katil disediakan dengan 34 daripadanya sudah digunakan.

Baca juga:   2 warga Bangladesh positif Covid-19 cuba naiki pesawat ditahan

“Selain itu terdapat empat lagi negeri mencatatkan pengisian melebihi 50 peratus iaitu 65 peratus masing-masing dicatatkan di Melaka sebanyak 71 peratus, Johor (67 peratus), Kuala Lumpur (58 peratus) dan Putrajaya (50 peratus).

Manakala, menurut beliau, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 203 pesakit (7 peratus penggunaan ventilator).

“Peratusan penggunaan keseluruhan ventilator adalah 35 peratus iaitu jika termasuk untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.

“Secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiapsiaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke PKRC, hospital, dan ICU,” tegasnya.

Secara keseluruhannya menurut Noor Hisham, sebanyak 27,299 kes harian baharu Covid-19 direkodkan di negara ini semalam dengan jumlah kes kumulatif sebanyak 3,395,170 kes.

“Berdasarkan statistik berkenaan, sebanyak 129 kes (0.47 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

Manakala, 27,170 kes (99.53 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan