32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PICKids: Penerangan, libat urus pakar pediatrik tingkat keyakinan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 805,676 individu atau 22.7 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata,keyakinan semakin meningkat dengan penerangan serta libat urus yang dibuat oleh pakar pediatrik dan kesihatan keluarga.

“Kepada parents (ibu bapa), jangan tunggu lagi. Daftarkan anak anda dan protect them (lindungi mereka),” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

PICKids bagi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun bermula sejak 3 Februari lepas.

Sasaran 70 peratus kanak-kanak menerima satu dos boleh dicapai pada akhir Mac ini.

Ibu bapa dan penjaga boleh membawa anak masing-masing untuk mendapatkan vaksin di bawah PICKids secara jumpa terus di pusat pemberian vaksinasi (PPV) terpilih bermula 1 Mac ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan pada Khamis lalu berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mengeluarkan senarai PPV berkenaan melalui laman sesawang JKN masing-masing dalam masa terdekat.

Sementara itu, berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 14,517,869 atau 61.7 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,948,037 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,227,580 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,800,421 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,893,860 atau 93 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 118,275 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 54,858 suntikan dos pertama, 577 suntikan dos lengkap dan 62,840 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,986,213 dos.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 43 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Sabah melaporkan sembilan kes, diikuti Selangor dengan lapan kes, Johor (tujuh), enam kes di Perak, Kedah (lima), dua kes masing-masing di Kelantan dan Pahang manakala satu kes masing-masing di Melaka, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan