24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Doktor keluarkan ketumbuhan kelenjar air liur seberat tiga kilogram

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUMBUHAN kelenjar air liur seberat hampir tiga kilogram berjaya dikeluarkan daripada seorang pesakit yang menderita rasa sakit serta tidak selesanya.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Pakar Telinga Hidung Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam dalam satu ciapan di Twitter beliau hari ini.

Menurut beliau, selama 11 tahun bergelar doktor, pengalaman berkenaan merupakan pengalaman pertamanya terlibat dalam pasukan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan kelenjar air liur seberat hampir tiga kilogram.

Malah beliau turut berkongsikan ucapan terima kasih pesakit yang sudah tidak lagi merasa sakit dan berat di bahagian kepala pada hari pertama selepas pembedahan.

“Alhamdulillah, kami sebagai Doktor Bedah yang merawat berasa gembira dan terharu. Tiada komplikasi yang serius terjadi,” kongsinya hari ini.

Menurut beliau, perkongsian gambar berkenaan telah mendapat keizinan dari pesakit untuk dikongsi bagi tujuan pembelajaran dan info kesihatan.

Ujar Dr Mohd Shaiful lagi, beliau menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan pemeriksaan pakar sekiranya terdapat ketumbuhan.

Advertisements

“Pembedahan di peringkat awal atau kecil dapat mengurangkn risiko cedera pada salur darah, saraf dan struktur anatomi yang berdekatan.

“Proses penyembuhan juga lebih cepat,” kongsinya.

Untuk rekod, di Malaysia berdasarkan laporan daftar barah kebangsaan 2003, daripada 21,464 kes yang direkodkan di semenanjung, kira-kira 1 peratus membabitkan barah kalenjar air liur dengan 0.6 peratus kes adalah pesakit lelaki.

Daripada jumlah itu, 50 peratus membabitkan lelaki cina dan 46.6 peratus lelaki Melayu.

Dalam kalangan pesakit wanita, 49 peratus adalah wanita Melayu manakala 34.7 peratus adalah wanita Cina.

Antara gejala barah ini ialah benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau di dalam mulut atau leher, sebelah muka menjadi kebas,otot yang pada sebelah muka menjadi lemah, sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur, sukar menelan dan sukar membuka mulut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan