24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Sajat dakwa menderita sakit kanser, sedang menunggu ajal

Mesti Baca

USAHAWAN kontroversi, Nur Sajat mendakwa dia kini sedang menderita penyakit kanser dan sedang menunggu ajal.

Pengakuan itu dibuat ketika bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok hari ini.

Ekoran pengakuan tersebut, dia yang kini menjalani kehidupan di Australia berjaya meraih simpati orang ramai yang menyaksikan siarang langsung tersebut.

“Saya sebenarnya sakit, sakit kanser. Kalau saya tak sempat untuk meminta maaf, saya minta maaf sekarang,” katanya.

Namun begitu, Sajat tidak mendedahkan secara terperinci jenis kanser yang dihidapinya.

Sajat berkata, peminatnya tidak perlu berasa sedih dengan dugaan yang menimpanya itu.

Advertisements

“Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser.

“Bagi saya itu sudah cukup membuat diri saya rasa seronok. 

“Kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya sudah tiada lagi,” katanya sambil menangis di siaran langsung berkenaan.

Nur Sajat melarikan diri ke Australia setelah waran tangkap dikeluarkan ke atasnya berikutan gagal hadir pada prosiding mahkamah berhubung kes berpakaian wanita pada 2018.

Pada 2017, usahawan tersebut pernah mencetuskan kegemparan apabila mengaku sedang hamil sambil menujukkan gambar dia memakai pakaian wanita mengandung.

Bagaimanapun dia kemudian mengaku bahawa itu semua adalah gambar yang diambil pada 2013 semasa dia menjadi model sebagai wanita mengandung untuk pembikinan ‘flash mob’ bagi sebuah video komersial. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan