26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Lantikan kontrak pegawai awam langkah interim – JPA

Mesti Baca

PENGAMBILAN secara lantikan kontrak para pegawai perkhidmatan awam sepertimana diumumkan baru-baru ini merupakan langkah interim (sementara), kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Menurut jabatan itu, ia diperkenalkan dalam usaha ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta yang berkaitan.

“Pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) ini akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.

“Lantikan ke jawatan tetap ini juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya,” kata JPA dalam kenyataan hari ini.

JPA berkata, kerajaan pada 12 Julai lalu telah memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam.

Keputusan ini diambil bagi memastikan kemampanan kewangan Kerajaan bagi jangka masa panjang.

Advertisements

JPA berkata, pelantikan tersebut berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP) termasuk penetapan gaji dan kemudahan.

“Semoga penambahbaikan terhadap sistem saraan perkhidmatan awam ini dapat memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

Ketika ini, inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan, juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.

Langkah itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, menerusi satu pekeliling yang dilihat media hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan