Tuesday, July 21, 2026

Pinjaman Boleh Ubah akademik ganti model 2016 mulai 1 Jun

Mesti Baca

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) memperkenalkan model Pinjaman Boleh Ubah (PBU) berasaskan merit akademik di bawah program Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) bermula 1 Jun ini.

JPA dalam kenyataan berkata, model baharu itu bagi menggantikan PBU 2016 yang berasaskan merit tempat berkhidmat.

“Langkah ini selaras dengan prinsip Ihsan Madani, bertujuan memperkasa pembangunan modal insan berteraskan kecemerlangan akademik dan sahsiah dalam kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan,” kata JPA dalam kenyataan hari ini.

JPA  berkata, melalui model baharu tersebut, pelajar tajaannya (kecuali bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi) akan menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman sehingga 95 peratus sekiranya memperoleh PNGK akhir 3.75 – 4.00 atau secara tanpa pelanjutan.

Katanya, bagi mereka yang mendapat PNGK 3.50 – 3.74 pula hanya perlu membayar sebanyak 10 peratus daripada jumlah pembiayaan sementara 3.00 – 3.49 membayar sebanyak 15 peratus.

Bagi pelajar yang mendapat PNGK akhir di bawah 3.00 dan ke atas pula perlu membayar 20 peratus manakal di bawah 3.00 atau gagal pengajian dikehendaki membayar penuh.

Bagaimanapun JPA berkata, bagi mereka yang dilantik dalam perkhidmatan awam yang setaraf dengan kelayakan akan dikecualikan bayaran balik agtae baki nilai pinjaman.

Sementara itu bagi pelajar dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi,  mereka mendapat pengecualian penuh bayaran balik pinjaman.

Bagaimanapun mereka perlu melepasi eyarat iaitu mesti tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi kontrak berkhidmat dengan kerajaan.

“Sekiranya pelajar tidak tamat pengajian atau gagal memenuhi ikatan kontrak, mereka perlu membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman,” kata JPA.

JPA berkata,  PBU Akademik akan diguna pakai kepada semua pelajar tajaan baharu mulai 1 Jun 2025, kecuali penerima Dermasiswa.

Manakala bagi pelajar sedia ada di bawah model PBU 2016, opsyen penukaran ke PBU Akademik akan dibuka secara berperingkat mulai 1 Januari 2026.

“Pelajar PBU 2016 yang telah tamat pengajian dan kini membuat bayaran balik, diminta menghentikan bayaran balik bermula 1 Jun 2025 sehingga penukaran opsyen dibuka secara berperingkat mulai 1 Januari 2026,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan