34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kuota VTL: Malaysia-Singapura buat penilaian risiko

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Singapura akan menilai risiko semasa COVID-19 sebelum memutuskan sama ada meneruskan kuota asal skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat dan Udara atau mengurangkannya kepada 50 peratus.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah itu diambil berikutan penularan varian Omicron yang membimbangkan sehingga memaksa VTL antara kedua negara itu dihentikan pada 22 Disember lalu sehingga 20 Januari.

Menurut beliau, kuota asal bagi kedua-dua laluan adalah sebanyak 1,440 dan kedua-dua negara kini sedang menilai keadaan penularan COVID-19 sebelum membuat keputusan.

“Varian Omicron menjadi kebimbangan utama Malaysia dan Singapura ketika ini.

“Ikut perbincangan asal, pada 21 Januari nanti Malaysia dan Singapura akan kurangkan kuota VTL sebanyak 50 peratus, seperti yang dipersetujui pada bulan lalu.

“Namun keputusan akhir nanti kita akan maklumkan semula menjelang 20 Januari nanti,” katanya kepada pemberita selepas acara meraikan pencapaian Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), lapor Metro Online.

Advertisements

Skim VTL Darat dan Udara Malaysia-Singapura mula dilaksanakan pada 29 November lalu dengan kuota 1,440 individu pada minggu pertama.

VTL darat membabitkan Stesen Bas Queen Street, Singapura ke Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral, Johor Bahru; manakala VTL udara membabitkan Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada 22 Disember lalu, keputusan sama ada inisiatif VTL udara antara Malaysia dan Singapura disambung semula atau sebaliknya hanya akan dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum ia dijadualkan berlangsung semula pada 21 Januari ini.

Ka Siong dilaporkan berkata, jika disambung semula pada tarikh itu, jumlah jualan tiket berkemungkinan dikurangkan sehingga 50 peratus daripada jumlah sedia ada.

Dalam pada itu Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, setakat ini, 37,783 individu sudah menggunakan skim VTL Udara sejak dilancarkan 29 November hingga 21 Disember lalu.

“Malaysia berharap VTL dapat diteruskan namun dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dan selamat,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan