25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bahasa Melayu: PM tegur agensi kerajaan, swasta, GLC

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur agensi kerajaan, swasta serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilihat kurang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Memetik laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata, sudah menjadi lumrah bahasa Melayu kini tidak digunakan sama ada dalam persidangan, mesyuarat, nama syarikat, nama projek mahupun jenama produk mereka.

Bagaimanapun, beliau berharap selepas ini pihak berkenaan dapat menggunakan bahasa kebangsaan itu dalam segala urusan termasuk masyuarat dan persidangan.

Katanya ia sebagai usaha dan peranan Malaysia bagi memastikan Bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama-sama bahasa lain.

“Namun peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan bahasa Melayu terus berkembang yang ketika ini sudah menjadi trend untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi-agensi kerajaan.

“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan bahasa Melayu.

“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan bahasa Melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat bahasa melayu melainkan kita sendiri?” tegas Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor malam tadi.

Advertisements

Jelas Ismail Sabri, Keluarga Malaysia perlu berbangga bahasa kebangsaan itu yang berada di tangga ke-10 daripada 20 bahasa yang popular seluruh dunia.

“Dan tetap ampuh mencorak ritma yang tersendiri dan mekar di persada tamadun manusia di celah kepesatan penggunaan bahasa Inggeris,” katanya.

Sementara itu, pelajar dari Uzbekistan State World Languages University, Nargiza Ortikova, dinobat sebagai johan kategori antarabangsa pertandingan PABM Piala Perdana Menteri 2021 tersebut.

Pelajar berusia 24 tahun itu, yang sudah mempelajari Bahasa Melayu selama empat tahun, meluahkan rasa terkejut dan turut mendedikasikan kemenangan tersebut kepada guru bahasa serta suaminya.

“Saya sangat suka bahasa Melayu sebab kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas,” katanya selepas upacara penyampaian hadiah oleh Perdana Menteri.

PABM kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 78 peserta daripada 36 negara.Antaranya ialah Bangladesh, Jepun, Uzbekistan, Brunei, Mesir, Mali dan Pakistan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan