25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jual kailan ikan masin RM18, peniaga terima notis PPDNHEP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNTUNG secupak rugi segantang. Itulah nasib seorang peniaga restoran selepas dia mengenakan bayaran sebanyak RM18 untuk sebungkus kailan ikan masin.

Ini ekoran tindakan segera Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Pulau Pinang yang mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap peniaga terbabit setelah isu tersebut viral dalam media sosial semalam.

PPDNHEP Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, pegawai penguatkuasa agensi itu sudah melakukan siasatan di restoran terbabit selepas memperoleh maklumat mengenai premis berkenaan.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah turun ke lapangan untuk menyiasat aduan pengguna berkaitan ‘harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan’ pada hari sama perkara ini tular.

Advertisements

“Satu NPMB bagi makanan kalian ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga berkenaan dan peniaga itu perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja,” katanya.

Semalam tular di media sosial satu hantaran berserta resit memaparkan harga keseluruhan makanan yang dimuat naik seorang pelanggan restoran itu.

Dalam hantaran itu, individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin untuk seorang makan dijual pada harga RM18.

Menurut petikan hantaran itu, dia sedia maklum dengan kenaikan harga barang mentah dan reda dengan harga ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal yang dibelinya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan