34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Nama kementerian berubah, fungsi dan misi kekal – KSU KPDN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAMA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah ditukar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan kos Sara Hidup (KPDN) namun fungsi dan misinya masih tetap sama.

Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, perubahan itu berkuat kuasa 3 Disember, seiring dengan pengumuman jawatan menterinya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KPDN kini diterajui oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Azman berkata, walaupun nama kementerian dan singkatannya berubah namun visi, misi dan fungsi kementerian itu adalah dikekalkan dan tiada sebarang pindaan.

“Ini adalah kerana visi, Misi dan fungsi yang sedia ada adalah selaras dengan fokus utama kerajaan pada masa kini yang melibatkan agenda merancakkan ekonomi negara dan menstabilkan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, antara fungsi KPDN ialah sebagai peneraju dalam mengawal selia pembangunan ekosistem perdagangan domestik ke arah yang mampan, berdaya maju serta berdaya saing.

“Dalam hubungan ini, ekosistem perdagangan dalam negeri yang mampan akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

“Dan ini secara langsung akan memastikan kesejahteraan para pengguna di negara kita terutamanya dalam menangani agenda peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Mengenai pemilihan singkatannya, Azman menjelaskan, pemilihan singkatan itu telah dipersetujui oleh menterinya dan bertepatan dengan peranan utama kementerian itu yang bertanggungjawab dalam mengharmonikan ekonomi negara.

Nama kementerian itu paling kerap berubah setiap kali pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri. Selain KPDNHEP, kementerian itu pernah dinamakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pada 3 Disember lalu, Anwar ketika mengumumkan senarai menteri Kabinet menamakan Salahuddin sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Ahli Parlimen Pulai itu sebelum ini pernah menjawat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 lalu. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan